Rosebay Photobooth

Thursday 21 April 2016

PETUA ANAK DARA

PETUA UNTUK ANAK DARA


 Kepada anak-anak dara yang belum berkahwin haruslah mengamalkan petua untuk anak dara ini. Petua untuk anak dara ini dirumuskan untuk kebaikan diri dan perkahwinan yang akan dibina nanti. Anak dara yang mengamalkan petua untuk anak dara ini akan mampu untuk lebih cantik, sihat, menarik dan terbaik kepada para suami. Petua dan panduan ini untuk kebaikan diri anak dara itu sendiri juga.
Marilah kita membaca dan memahami apa yang dikongsikan dalam artikel petua untuk anak dara ini. Semoga ianya dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada kita. In sha Allah

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua untuk anak dara yang elok diamalkan sebelum berumahtangga, agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
1. Bangkit Bersambut – Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci – Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara – Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi – Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum – Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu – Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi – Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila berjima’setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok – Elakkan meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
Demikian lah tadi 8 perkara, panduan petua untuk anak dara yang harus diberi perhatian oleh semua anak dara.

Semoga ianya akan memberikan kebaikan kepada kita dan menjadikan kita yang terbaik kepada para suami nanti

BAGAIMANA MEMILIH JURUSOLEK DAN JURU ANDAM

TIPS MEMILIH JURUSOLEK DAN JURUANDAM



Bagi yang ingin mendapatkan sentuhan profesional dari segi tatarias diri pada majlis perkahwinan nanti, khidmat daripada juruandam atau jurusolek semestinya diperlukan. Apa beza juruandam dan jurusolek? Ramai sebenarnya yang keliru tentang skop tugas juruandam dan jurusolek. Skop kerja jurusolek lebih terhad kepada solekan sahaja; mereka berkemahiran menyolek wajah pengantin dengan solekan yang terkini dan sesuai dengan wajah pengantin. Kelebihan memilih jurusolek adalah bajet yang rendah dan sentuhan solekan yang lebih baik kerana mereka sememangnya dilatih khusus untuk solekan.

Juruandam, ataupun mak andam, pula mempunyai skop kerja yang lebih luas. Selain berperanan menyolek pengantin, juruandam juga mempunyai pelbagai koleksi baju pengantin yang dapat digunakan oleh pengantin. Di samping itu, juruandam mempunyai kelengkapan secukupnya untuk menatarias pelamin dan bilik tidur. Khidmat rawatan wajah, badan dan sebagainya turut disediakan oleh juruandam profesional. Kadang-kadang, juruandam turut berkongsi petua dan amalan yang boleh dilakukan bakal pengantin untuk menambahkan seri diri dan menambat hati pasangan. Namun, berhati-hatilah dalam memilih amalan yang diajarkan, dibimbangi terselit unsur-unsur tidak baik seperti susuk, botox dan sebagainya.

Untuk mencari juruandam dan jurusolek untuk majlis perkahwinan nanti, anda boleh mencari maklumat menerusi iklan-iklan di majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet. Beberapa perkara yang berikut boleh dijadikan panduan dalam memilih jurusolek atau juruandam;

1. Pastikan juruandam atau jurusolek yang akan dipilih mempunyai pengalamandalam menatarias pengantin sebelum ini. Dapatkan testimonial daripada pelanggan-pelanggan sebelum ini. Kalau boleh, minta gambar-gambar solekan pengantin yang pernah dilakukan oleh juruandam atau jurusolek tersebut.


2. Buat temujanji dan cuba dahulu solekan yang dilakukan oleh juruandam atau jurusolek tersebut. Bawa rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan maklumbalas. Tidak perlu mengambil masa yang lama; seorang juruandam atau jurusolek yang mahir sudah semestinya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyolek anda.


3. Pastikan anda berpuas hati dengan solekan percubaan yang diberi. Dapatkankonsep solekan yang akan digunakan ke atas anda. Pastikan solekan yang dibuat nanti tidak keterlaluan, sesuai dengan kulit wajah, pakaian pengantin yang dipakai dan tema majlis perkahwinan. Usahlah terlalu tebal sehingga menjadikan wajah anda seperti orang lain; mungkin nanti pasangan tidak dapat mengecam anda. Cukuplah sekadar solekan yang dapat menyembunyikan kecacatan yang ada dan menaikkan seri wajah anda.


4. Seboleh-bolehnya, cuba minta supaya orang yang menyolekkan andasemasa sesi percubaan adalah orang yang sama yang akan berkhidmat semasa majlis perkahwinan nanti. Walaupun pekerja dari butik atau tempat yang sama, kadang-kadang teknik dan hasil solekan akan berbeza. Jika ini terjadi, anda mungkin mendapat hasil solekan yang baik semasa sesi percubaan, tetapi tidak semasa hari majlis perkahwinan. Bukankah ini satu kerugian buat anda?


5. Buat kajian terlebih dahulu dengan menilai dan membandingkan sekurang-kurangnya tiga atau lebih jurusolek atau juruandam supaya anda mendapat khidmat yang terbaik pada harga berpatutan. Setelah memilih yang berkenan di hati, buat tempahan awal supaya tidak diambil pengantin lain. Menempah jurusolek atau juruandam sebaik-baiknya dilakukan dua atau tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.


Mendapatkan khidmat profesional seorang juruandam atau jurusolek adalah pilihan, bergantung kepada kehendak dan keupayaan bajet persiapan majlis perkahwinan anda. Sekiranya merasakan anda tidak mampu mendapatkan khidmat mereka, mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai kemahiran menyolek. Solekan hanyalah sebagai alat. Yang penting, anda sendiri yakin dengan penampilan anda, banyakkan senyum dan jaga kesihatan supaya tidak kelihatan lesu dan letih di hari majlis perkahwinan nanti.

Wednesday 20 April 2016

CABARAN SEBELUM DAN SELEPAS BERTUNANG!!





Ada yang berpendapat, sebelum dan selepas bertunang pasti ada perbezaan dari segi perhubungan. Jika sebarang perselisihan dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi lebih dingin menjelang anda menuju ke gerbang perkahwinan. Malah, ada yang tidak kesampaian untuk melangkah ke fasa yang seterusnya itu. Tidak kurang juga yang menjadikan alasan “Kami sudah bertunang”, untuk bergaul mesra dengan insan yang belum pasti menjadi pasangan yang sah itu. Sebelum dan selepas bertunang, bagaimana menjaga hubungan supaya lebih sayang menyayangi tanpa melampaui batas agama sebagai Muslim sejati?



SEBELUM BERTUNANG

Awalnya Memang Indah
Bagaimana perasaan anda jika dapat membeli dan memiliki barangan yang anda inginkan contohnya seperti telefon bimbit baru? Tentu sangat teruja, bukan? Setiap masa ia akan dijaga rapi bimbang rosak atau jatuh berkecai. Jika calar sedikit pun pasti membuatkan anda berasa kurang senang.
Begitulah juga diibaratkan sesebuah perhubungan. Di awal perkenalan, memang terlalu indah dirasakan. Banyak perkara yang ingin dikongsi dan dilakukan bersama. Seboleh-bolehnya tidak mahu disakiti hati insan yang disayangi. Setiap masa pasti ada sahaja kejutan walau cuma sepotong ayat-ayat indah melalui mesej pesanan ringkas. Sebaiknya, anda bersederhana sahaja. ‘Simpan’ sedikit keterujaan anda itu untuk sebarang kemungkinan. Jika hubungan hanya bertahan seketika, tidaklah anda merana kelak.


Cabaran Sekeliling
Memiliki pasangan yang cantik rupa paras mahupun kacak, pastinya wujud cabaran dari segi persaingan. Status ‘kekasih’ masih belum dapat memberi sebarang jaminan anda berjaya memilikinya sebagai pasangan yang sah suatu hari nanti. Jadi, jaga adab dan perilaku anda sejak awal perkenalan lagi. Itulah yang terbaik. Jaga hati, jaga lisan. Semua itu pasti akan dikenang kembali tika dugaan datang menjengah.


Buktikan

Membuktikan kasih sayang haruslah berpada-pada dan usah berlebih-lebihan. Cukup sekadar anda mengambil berat akan dirinya ketika perlu. Bertanya khabar dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan atau menjadi pendengar setia. Walaupun anda cuba untuk membuktikan betapa sayang dan seriusnya anda dalam perhubungan, jangan sesekali hingga sanggup menggadaikan maruah. Jika benar anda serius, teruskan dengan fasa yang seterusnya. Bertunang, sebagai tanda si dia sudah dimiliki.



SELEPAS BERTUNANG

Usah Terlalu Mengongkong
Status si dia sebagai tunangan anda bukanlah alasan untuk anda mengongkong segala pergerakan dan tindak-tanduk tunang anda. Tidakkah anda terfikir tunang anda akan mulai bosan dan berasa teragak-agak untuk meneruskan hubungan lebih lanjut? Baru menjadi tunangan sudah begitu, apatah lagi sudah berkahwin kelak. Perkara ini juga antara yang menjadi punca keretakan sesebuah hubungan.


Bina Hubungan
Selepas bertunang anda masih lagi perlu menjaga adab dan tatasusila kerana selagi anda masih belum sah sebagai suami isteri, ia perlu dititikberatkan. Ambil peluang untuk mengenali ahli keluarga masing-masing dengan lebih rapat lagi. Sekurang-kurangnya anda tidak begitu kekok untuk bermesra dengan mereka selepas mendirikan rumah tangga nanti. Dalam masa yang sama, anda boleh mengetahui susur galur atau asal usul si dia lebih lanjut.



Matlamat Jelas
Jaga kelakuan anda sebagai tunangan orang. Jika anda serius akan hubungan anda dengan si dia, bertindaklah sewajarnya. Namun, anda masih sempat membuat pilihan sama ada apakah benar tunangan anda layak untuk menjadi pemimpin anda kelak. Jika si dia tidak serius dan sudah jelas tiada ciri-ciri pemimpin yang baik, malah tidak berusaha ke arah itu, anda masih belum terlambat untuk membuat pilihan.

MUDAHNYA SEORANG WANITA MASUK SYURGA

MUDAHNYA SEORANG WANITA MASUK SYURGA!!





Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.


1 – Solat Fardu 5 Waktu
Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.


2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.


3 – Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.


4 – Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda! (1335)


13 Tips Untuk Kekal Bercinta

13 TIPS UNTUK KEKAL BERCINTA





Mungkin anda dah tahu mengenai cinta.Tapi mungkin juga anda belum pasti bagaimana anda untuk mengekalkan hubungan percintaan.

Ketika bercinta pelbagai dugaan yang akan hidapi oleh pasangan sepanjang hubangan sebelum sampai penghujung iaitu alam perkahwinan.

Disini ada bebrapa tips perkongsian untuk anda kekal sewaktu bercinta.





1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.


8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.


12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.



13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.