Rosebay Photobooth: ARTIKEL

ARTIKEL



5 IDEA UNTUK MENULIS UCAPAN DI GUESTBOOK!!




Anda sudah selalu sangat mengahadiri majlis perkahwinan sehingga anda sudah tiada idea untuk tulis apa di dalam 'guest book'? Ini 5 idea untuk anda.





#1: Ucapkan Tahniah...dan 'highlight' kan momen majlis perkahwinan yang paling anda gemari

...kerana ucapan tahniah sudah terlalu biasa dan anda mahu menjadikan ucapan tahniah anda lebih bersifat peribadi, sertakan sekali bibit-bibit majlis yang menjadi favorite anda. Mungkin baju pengantin, mungkin suasana majlis, mungkin juga cara pengantin lelaki mencuri pandang ke arah pengantin perempuan. *Ehem* Pendek kata, apa-apa pun boleh.



#2: Tips
Jika anda sudah berkahwin, anda boleh kongsikan tips tentang kehidupan berumah tangga. Yang pendek dan padat sudah memadai, daripada tentang saat saat indah baru bergelar suami isteri, ataupun tips untuk menghadapi saat-saat sukar dikemudian hari.



#3: Idea dating selepas kahwin
Pasangan berkahwin selalunya akan kekeringan idea untuk aktiviti dating. Apa kata anda kongsikan dengan mereka idea untuk dating? 



#4: Tulis lirik lagu
Anda sukakan muzik dan dalam fikiran anda ada bait-bait lagu cinta yang mengingatkan anda tentang pasangan ini?



#5: Apa-apa yang anda mahu
Jika anda seorang yang random, tulis saja apa-apa yang anda suka. Mungkin perkara pertama yang terlintas di fikiran anda tentang pasanagan mempelai? Anything. Go crazyyy!















NAK KAHWIN DENGAN BAJET ,,RM5k JEE??
Nak buat majlis kahwin nie memang pening kalau memikirkan bab bajet. Hal kewangan. Maklumlah, bukan semua kita ada bajet berkepuk-kepuk. Ada orang bajet berbelas ribu, ada berpuluh ribu malah ada juga yang beratus ribu.
Tapi kalau bajet tak besar, maka perlulah ukur baju di badan sendiri. Buat ikut kemampuan diri dan keluarga. Jangan sampai berhutang dan kelak akan membebankan diri dan pasangan.
Kalau bajet terhad nie yang kena kira sebaik-baiknya agar majlis berjalan lancar dan meriah. Jom kita kira bajet kahwin dengan duit sebanyak RM5,000 sahaja.
1. Mas Kahwin Berbeza mengikut negeri dan perlulah ikut keperluan negeri. Tak perlu nak lebih-lebih. Ikut apa yang perlu sahaja. Boleh rujuk pejabat agama Islam di negeri masing-masing. Anggaran Maksimum: RM300.
2. Hantaran Buat ala kadar untuk lengkap kan syarat. Buatlah 3 dibalas 5 pun dah cukup. Jangan sampai 19 balas 21 pulak. Melampau sangat tu. Anggaran Maksimum: RM500.
3. Cincin Perlu ada untuk hadiah kepada pengantin perempuan. Tak perlu mahal-mahal. Cukup buat tanda sahaja. Nanti dah ada duit baru beli rantai sebesar rantai motor pun tak apa. Anggaran Maksimum: RM500
4. Baju dan Persalinan Gunakan baju yang sama, nikah dan sanding. Lagi jimat. Bukan tujuan buat majlis kahwin untuk tayang baju. Tujuan majlis untuk mewar-warkan kita dah kahwin. Anggaran Maksimum: RM500 sepasang.
5. Jamuan Makan Kalau bajet sikit, tak perlulah nak order katering. Kos akan jadi tinggi. Lebih baik masak secara gotong-royong. Memang menjimatkan. Menu pula tak perlu gah sangat. Buat menu masakan kampung lagi tetamu suka. Dan masak untuk jemputan lebih kurang 400 ke 500 orang dah cukup. Tak perlu jemputan sampai 1000 orang. Anggaran kos: Ayam 30ekor = RM500 Beras 5 beg 10kg = RM130 Barang-barang lain: RM300 Sewa Barang Surau: RM200 Lain-lain: RM370 Jumlah kasar: RM1500
6. Khemah Cukup sekadar khemah untuk tetamu makan dan meja makan pengantin. 4 khemah untuk tetamu 400 ke 500 orang sudah memadai. Anggaran Kos: RM250x4=RM1,000.
7. Door Gift Bajet dalam RM1 per biji. Anggaran kos: RM500
8. Kad Kahwin. Buat yang paling simple atau boleh print sendiri. Lagi murah. Anggaran kos maksimum: RM200 Jumlah Penuh: RM5,000.
Kan mudah, siapa kata bajet sikit tak boleh buat majlisnya. Buat ikut kemampuan, jangan ikut keinginan.
Tak perlu nak ikut trend sangat. Lepaskan yang wajib dan yang penting anda sudah sah sebagai suami dan isteri. Itu yang dituntut agama. Jika bajet lebih, barula buat lebih meriah.

No comments:

Post a Comment